Khamis, Disember 31, 2009

D BEST THING ON 2009

Tak sampai 11 jam, akan berlalulah 2009 dan menjelmalah 2010.. Pelik tapi benar kita melupakan tahun Hijrah tapi meraikan tahun Masehi..... Kalu ikut tahun Hijrah sekarang dah masuk 1431H... sudah semakin usang bumi yang kita duduki ini begitu jua dengan usia Sue..yang semakin tahun semakin bertambah..Tahun depan Insya Allah jika dipanjangkan usia Sue akan menginjak ke usia 37... tua ek Sue nih...Kalu member sebaya dah berebut-rebut antar anak ke sekolah menengah..tapi Sue masih begini tetap unggul SINGLE..
alahai malas lak nak monolog yang sedey-sedey...
So far sehingga ke jam ini, Sue amat menghargai segala apa yang Sue lalui sepanjang tahun 2009 ini... Bermula dengan awal tahun yang diisi dengan percutian ke Jakarta dan Bandung, diikuti dengan kesibukan melaksanakan program Persatuan yang banyak menuntut masa dan tenaga Sue serta orang baru dalam keluarga Sue..Semuanya amat membahgiakan Sue.. Pada Sue sedikit pun Sue tak sesali setiap masa yang Sue luangkan untuk perkara-perkara yang menyukakan hati Sue...
Dalam usia ini, Sue malas nak memberatkan kepala dengan persoalan-persoalan seperti " Bila nak kawin??,,,, " Naper tak Kawin??.... " Memilih ke?" semua tuh Sue dah malas nak jawap... Now jawapan Sue 1 jer... If you are in my shoe....
Semoga tahun 2010 ini bawa berbagai keindahan yang lebih bermakna lagi dalam hidup Sue....
Trip to Bandung and Jakarta yang amat menyeronokkan. Maklum ler Kota Shopping... Insya Allah jika ader rezeki dan segala yang dirancang menjadi kenyataan serta poket Sue tebal nak ke Europa lak bulan Mei 2010 nih....


Persatuan yang Sue sayangi...mmmm Pelbagai citer menarik dapat Sue kongsi dan Sue lalui... Segalanya menjadikan Sue matang dalam meniti dan berkomunikasi dengan orang ramai... Contact dah makin luas... Coz melalui Persatuan ini Sue punyai lebih ramai kenalan di luar bidang kerja Sue... Terasa jiwa nih semakin muda..cheh wahhhh... perasannya aku... Tapi yang pasti badan Sue makin susut... dan yang paling penting Sue dah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan senior Sue coz Sue dah AKREDITASI dan LULUS DENGAN JAYANYA... Tanpa senior Sue..i'm nothing.... Segala ilmu mereka Sue jadikan panduan untuk Sue praktikkan dalam setiap kelas yang Sue berikan... Tak kurang juga, membantu menjana pendapatan tambahan untuk Sue..Tapi pelik sehingga kini Sue tak tahu mana pergi tiap duit yang Sue dapat...hahahhaha.. nih ke wat susur galur nih...

Keluargaku..alhamdullilah ... Mak makin tua tapi semakin uzur..Jika dia sakit rawanlah hati Sue... Kekadang ada berlaga angin..tapi apa pun Sue sentiasa ingat syurga itu di bawah kaki ibu...Bagi Sue mak adalah segalanya... Terima mak kerana memberikan segalanya pada anak mak yang kekadang sukar dimengertikan ini... tetapi percayalah tak sesaat Ally lupakan mak....
Insan terakhir dalam keluarga Sue bagi tahun 2009..Azri Hazeem... Muaaahhh comel dan gebu...

Itulah antara moment menarik dalam hidup Sue... apa pun 2010 datanglah dengan membawa berita gembira dalam hidup Sue... Sue sedia menanti segalanya...

2 ulasan:

Zareda Norman berkata...

sue

salam tahun 2010..

semoga 2010 mmberikan serta melimpahkan rahmat Allah SWT yang berkekalan dunia dan akhirat

suem2m berkata...

zar,
sue sentiasa berdoa agar 2010 ini akan membawa sesuatu yg baru dalam hidup sue.... begitu juga dengan perhubungan kita..Doa sue agar sentiasa berkekalan...