Selasa, Jun 03, 2008

KEBIZIAN SESANGAT

Huhuhu dah lama betul Sue tak up-date blog nih.... Diam tak diam dah hampir 3 minggu rupenyer Sue teramat bizi..bizi and bizi.... Diam tak diam gak dah masuk bulan 6...Huhuhu dah setengah tahun rupanyer...Cepatnyer mase berlalu dan bertambah lagi usia Sue.... mmmmm apa nak buat...LIFE MUST GO ON.... So hayatilah hidup ini dengan penuh nikmat ... Sue ader terbaca satu petikan yang menarik "HIDUP ADALAH SATU PERJALANAN BUKAN SATU PELARIAN, JADI NIKMATILAH IA DENGAN PENUH KEBAHAGIAAN DAN BUKAN DENGAN PENDERITAAN...
Menarikkan mutiara kata tuh....So sekarang nih Sue nak nikmati hidup Sue dengan penuh kesederhanaan dan kebahagiaan...Sue tak mahu lagi hidup penuh dengan airmata kerana kesedihan akibat kasih sayang yang tak kesampaian...Sue nak jadi seorang yang sentiasa berfikiran positif, ceria dan pastinya sihat selalu...
Ok last week selama 1 minggu Sue menghadiri Kursus... ala dekat Melaka gak tapi bukan yang dikendalikan oleh Pejabat Sue...Kursus nih memang lain dari yang lain. Yang paling Sue suka tak perlu berpakaian kemas... Pakaian rasmi hanyalah seluar , baju dan kasut sukan..Dari pagi sampai malam tu aje ler pakaian nyer...
Hehehe Sebenarnya Sue telah menghadiri KURSUS ASAS INSTRUKTUR KECERGASAN NFC (SENAMROBIK) PERINGKAT NEGERI MELAKA yang telah diadakan bermula dari 26.05.2008 hingga 29.05.2008 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Ayer Keroh, Melaka yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Kursus nih sebenarnya adalah untuk melatih dan menyediakan Jurulatih bertauliah bagi SENAMROBIK... Kursus ini diiktiraf oleh Badan Kecergasan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai NFC...
So dari hari pertama sampai hari akhir kami banyak didehakan tentang aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan.Hari pertama lebih kepada mengenali anatomi dan fisiologi badan... Nih dah lebih cam Doktor lak coz mase nih sume istilah yang digunakan adalah istilah Sains...Memang tergeliat ler lidah nak menyebutnyer..hehehe... takder ler perkataan kepala lutut ker..tapak kaki ker.... bahu ker...Yang ader ialah soleis...hamstrings....bicep ..tricep dan ntah apa-apa lagi cep....cep... Memang hari pertama agak meletihkan tapi nak buat camner, dah Sue nak jadi Jurulatih Aerobik yang bertauliah terpaksa le lalui semua itu....
Peserta yang hadir kebanyakannya yang telah aktif mengikuti aerobik tapi belum ditauliahkan untuk mengajar so Kursus ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf kami-kami semua yang hadir...Tapi bukan sebarang iktiraf beb...Ada fitness test and skil test....memang berasap ler badan dan kaki.... Di akhir kursus, dari 80 peserta yang menyertai, hanya 26 sahaja yang layak ditauliahkan dengan SIJIL dan Buku LOG. Dari 26 orang tuh pulak hanya 8 orang mendapat markah tertinggi layak membuat persembahan pada hari penutup. Dan Sue adalah antara top 3... wow..wow...wow memang terkejut Cipan Sue...Hehehe.... Tak sangka lak Sue dapat mencapai tahap camtuh sekali....Yerla kalu dibandingkan dari segi umur, rata-rata yang datang berumur antara 18 hingga 26.... So yang sebaya Sue boleh kira ngan jari...Tapi yang pasti usia bukan penentu tapi kecergasanlah penentu mutlak untuk Sue sampai hingga Top 3... Anyway pengalaman ini adalah yang paling indah Sue lalui...Penat lelah badan bangun kol 5.00 dan tido kol 1 pagi ahirnya amat berbaloi...
Esok insya Allah Sue akan download pic kami mase kursus.... So now nak break dulu ok....

Tiada ulasan: