Khamis, Jun 05, 2008

MINYAK OH MINYAK

Semalam kecoh 1 negara. Harga minyak naik!!!! Adus... Makin teruk keadaan sekarang. Dahulu sebelum pilihanraya Kerajaan berjanji takkan naikkan harga minyak untuk tempoh 2 tahun tapi tak sampai 2 bulan pilihanraya harga dah naik. Sebelum itu harga makanan juga turut naik sampaikan beras pun boleh naik harga. Kekadang terpikir gak apa gunanya ada kerajaan jika tak mampu mengawal keadaan....
Sue dah buat kiraan malam tadi... Untuk 1 minggu belanja minyak jika dulu full tank Sue bayar RM65 aja kini untuk full tank Sue kena bayar RM89. Mak oiiiii sakitnya Sue kena tambah sebanyak RM 24. Sebulan Sue kena buat tambahan perbelanjaan minyak RM96 menjadikan belanja minyak Sebulan RM300. Huhuhu...Sakit nyer... Selepas nih kena ambil langkah berjimat cermat yang teramat jimat.
Alasan kerajaan tak mampu nak tanggung subsidi lagi... Pelik ek..... Bila dipikir balik sepanjang 5 tahun Pak Lah ambil alih kuasa dan menjadi Perdana Menteri tiada 1 pun usaha yang dilakukan oleh PM untuk mengekang kenaikan harga barang. Sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Alasan yang diberikan minyak yang ada tak sesuai untuk kegunaan kenderaan... Itu lagi cerita pelik.... Ada lak beza minyak kat Malaysia ngan minyak kat Arab, US and negara lain. Sepatutnya untuk meringankan bebanan rakyat, PM patut buat sesuatu agar harga minyak tak naik. Ini tidak ,ambil langkah mudah.... Bila difikirkan, kenapalah DR. M dulu berikan jawatan PM pada Pak Lah.
Semasa pemerintahan DR.M dulu, rakyat tak terbeban sangat. Masa gawat dulu kita tak terasa pun tekanan, hinggakan kita menjadi sebutan menjadi satu-satunya negara yang tidak meminjam dari BANK DUNIA. Walaupun ketika itu negara jiran seperti Indonesia dan Thailand sibuk meminjam dari Bank Dunia. Kata DR.M, Malaysia tidak perlu mengadai negara dengan membuat pinjaman kepada Bank Dunia, dan dengan meminjan dari Bank Dunia bermakna kita membenarkan negara kita dijajah semula.. Sesungguhnya orang seperti Dr.M hanya lahir dikalangan 1 juta manusia... Dia berfikiran jauh dan tahu apa kesan atas setiap perkara yang dilakukannya.
KATA ORANG BIJAK PANDAI, KENANGLAH JASA ORANG YANG TELAH MEMBUAT DAN MENINGGALKAN JASA YANG BERGUNA UNTUK KITA HARGAI. YANG SEKARANG BELUM TENTU BOLEH BERJASA SEPERTI YANG DAHULU. So pikir-pikirkanlah.
Ok malas nak tulis panjang....Jom tengok gambar kerenah petang semalam semasa Sue on the way nak balik umah. Jalan sesak bukan sebab accident tapi sesak sebab orang nak masuk Stesen Minyak.

Nih gambar kat depan opis Sue. Sib baik Sue dah isi minyak awal-awal lagi. Punya ler banyak kereta berderet-deret nak masuk ke Stesen Minyak...
Nih kat Alor Gajah. Pun sama keadaannya... Memang semalam hari MInyak Sedunia... Yang kaya Tokeh Minyak gak....

Nih pun sama. Berderet-deret kereta nak masuk ... Ader yang tak sabar potong Q.

Macam-macam rupa kenderaan ader...Beginilah keadaan bila harga minyak naik. So kepada semua yang terbeban, mulakan langkah berjimat jimat. Kurangkan memandu. Kurangkan Bershopping and yang paling penting KURANGKAN MEMECUT... hehhhe..Bab nih yang payah cikit. Hahaha....

Tiada ulasan: