Selasa, Ogos 03, 2010

BERUBAH

Sue tak pernah suka warna biru... entah kenapa..memang dalam koleksi baju Sue, warna Purple yang bertahta...pernah cuba membeli kain atau baju berwarna biru, tapi bila sampai dirumah Sue akan bagi pada Kak Long atau adik...
Kali ini Sue inginkan perubahan...Sue nak cuba sesuatu yang tak pernah Sue cuba.. Sue dah ubah penampilan blog Sue...Tak tahu berapa lama warna nih kekal...Sue tengok memang Sue tak suka, tapi adakala benda yang kita tak suka itu yang menyenangkan kita.
Begitu juga dalam kehidupan seharian..semalam Sue balik ke rumah ikut jalan kampung..selalunya Sue akan ikut highway agar cepat sampai..Tapi entah kenapa... sekarang macam bosan jer coz asik tengok pemandangan yang sama...Bila ikut jalan kampung baru nampak pemandangan yang indah serta suasana hijau.. Sejuk mata memandang..hilang segala kekusutan..
Sekarang ini Sue ingin menghargai segala yang Sue miliki tapi tak Sue sedari... Sue tak mahu terlalu ikut perasaan dan kata hati tapi Sue mahu gunakan kebijaksanaan akal dan fikiran yang dikurniakan oleh ALLAH... Sue tak mahu tunduk pada nafsu kerana tahu nafsu hanya membawa kepada kemusnahan.. Bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi..Sue berdoa agar diberikan kesempatan untuk beramal ibadat dengan sepenuh jiwa...cukuplah beberapa bulan kebelakangan ini terlalu tunduk dengan duniawi...
Semalam ada teman menyarankan Sue membaca buku "IHYA ULUMIDDIN" karangan Imam Ghazali..Insya ALLAH , hari Jumaat nih nak cari buku tuh dan penuhi jiwa Sue dengan membacanya.
Hati ini masih bersedih tapi SEDIH LAGI NABI MUHAMMAD S.A.W melihat umat2 nya di dalam NERAKA....

Tiada ulasan: