Rabu, Ogos 04, 2010

Hari Ahad lepas bersamaan 20 Syabaan, Sue berpeluang hadir ke Majlis Bersama Meraikan Anak-anak Yatim Dan Fakir Miskin yang dianjurkan oleg Agibs Club. Kelab ini dipengerusikan oleh Datuk Abdul Ghafar Ibrahim, usahawan yang berjaya dari Melaka. Pada masa ini beliau mengendalikan Theme Park iaitu WONDERLAND dan tak lama lagi dengar kabar EYE On Malaysia yang berjaya dibaikpulih.
Sue mengenali Dato nih melalui wife beliau iaitu Datin Azhana, seorang yang amat ramah dan berpesonaliti menarik. Perkenalan Sue dengan Datin nih bermula bila Sue diminta untuk menjadi Instruktor Kecergasan bagi Kelab Beliau iaitu AGIBS CLUB pada setiap hari Sabtu.
Rupanya pada setiap tahun, AGIBS CLUB akan membuat amal jariah melalui aktiviti bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin. Tahun ini merupakan tahun ke 7 , acara ini dilangsungkan. Sue kagum meliahat kesungguhan beliau dan orang ramai yang hadir.
Acara pada hari tersebut dipenuhi dengan sesi Cerahamh Agama yang disampaikan oleh Ustaz Fadhil.. Seterusnya diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari para Hafazan yang dijemput khas. Majlis diteruskan lagi dengan acara menyampaikan sumbangan kepada anak-anak Yatim dan ibu tunggal.. Menitis airmata Sue melihat anak-anak Yatim ini.. Terasa diri Sue bertuah sangat-sangat masih mempunyai ibu dan abah sehingga ke saat ini.. Doa Sue buat anak Yatim ini menjadi anak-anak yang berguna dan berbakti kepada arwah ibu dan bapa mereka dengan membalas jasa dengan menjadi umat yang berjaya dan mendoakan kesejahteraan arwah di alam Baqa.
Sue tak pernah berada di dalam Majlis seperti ini..Terasa seronok dapat meluangkan masa berada dalam majlis yang pernuh berkat ini. Jamuan makan yang disediakan memang mewah... Antara menunya, satay, otak-otak, aiskrim, nasi berlauk dan macam-macam. Seronok tengok kanak-kanak ini makan makanan dengan penuh keceriaan.
Pada sebelah petang pula Sue terbabit dalam rakaman AGIBS CLUB Beraya Bersama MELAKAFM. Sebagai mewakili Kelab, Sue kena menyumbangkan lagu.. So terpaksa ler nyanyi walau suara tak sedap.. Sue menyampaikan LAGU MERIAHNYA DI HARI RAYA ..nyanyian oleh Dato Siti Nurhaliza..
Artis Jemputan pula Mila AF..mak oiii kecik benor orang nyer..rase nyer badan Sue kena bagi 3 baru dapat badan cam Mila nih.. Apa pun, Sue memang seronok sepanjang Ahad lalu...





Hadirin yang hadir pada sesi ceramah


Ibu tunggal yang sedang menunggu untuk menerima bantuan


Anak Yatim Piatu yang sedang menunggu acara bermula

Datin Azhana dan anak beliau Mahathir... sedang menyampaikan sumbangan


Jangan jeles....Mila....


DJ Melaka FM..tapi maaf Sue tak tau apa nama mereka


Mila yang Soooooo Cuteeeeeeee...

Tiada ulasan: