Esok Insya ALLAH kita semua akan berpuasa..Sua berdoa agar bulan yang mulia ini dapat dipenuhi dengan kerja-kerja amal dan meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH...Kekadang terfikir, mengapa nak tunggu bulan puasa untuk buat kebaikan sedangkan ajal tidak pernah menunggu kita..tak cepat sesaat dan lambat seminit..
Semalam Sue pergi follow up dengan Dr. sudah 2-3 hari badan tak berapa sihat... padahnya..semalam Dr tambah dose ubat Sue dari 1 biji kepada 2 biji..Termenung Sue seketika...Terasa macam diri nih dah penuh dengan segala penyakit...Ditambah pula kolestral yang melebehi had..Dr tanya nak start ubat ke tidak..tapi Sue jawab, biar dulu..Sue harap bulan puasa ini, ada kebaikan dan dapat Sue kurangkan kolestral Sue..
Entahlah...tak tahu nak cakap apa...nak menangis..air mata nih dah kering..tapi segera Sue tersedar... "BAHAWA PENYAKIT ITU PENGHAPUS DOSA" PENYAKIT ITU MENYEDARKAN KITA DETIK KEMATIAN YANG MAKIN HAMPIR...MENYEDARKAN SUE TENTANG MAUT YANG DATANG TANPA DIUNDANG..
Astagafirrullah .... YA ALLAH..AKU HAMBA MU YANG SENTIASA MELAKUKAN DOSA DAN NODA TANPA AKU SEDARI ATAU TIDAK... AKU HAMBA MU YANG SENTIASA KUFUR DENGAN NIKMAT MU..SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENGINSAFI SEGALA KEBESARAN MU YA ALLAH..AKU REDHA DENGAN SEGALA DUGAAN YANG KAU KURNIAKAN KEPADA KU..SESUNGGUHNYA AKU AMAT MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DARI MU YA ALLAH..AKU HAMBA MU YANG LALAI DAN AKU MOHON KAU BIMBINGLAH AKU KE JALAN YANG KAU REDHAI YA ALLAH..
Moga Ramadhan ini ada kebaikan kepada semua insan yang Sue sayangi...
1 ulasan:
salam ramadhan sue
syukur kita ditemukan lagi dengan ramadhan kali ini.. gunakan dengan sebaiknya bulan penuh rahmat ini, kejar fadilatnya .. semoga semuanya dipermudahkan buat kita
Catat Ulasan