Memaparkan catatan dengan label AKU DIBURU....... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKU DIBURU....... Papar semua catatan

Jumaat, September 26, 2008

SALAM AIDIL FITRI

Alhamdullilah, hari nih dah masuk hari ke 26 Ramadhan.Tinggal lagi 4 hari jer lagi sebelum Ramadhan menutup tirai. Sue tak tahu sama ada Sue berkesempatan untuk merasai Ramadhan yang akan datang dan masih berpeluang berbuka bersama-sama dengan kedua ibu dan bapa Sue seperti yang sedia ada. Doa Sue moga disihatkan tubuh badan dan dipanjangkan usia agar berkesempatan untuk merasai nikmat Ramadhan di tahun-tahun akan datang.
Hari ini hari terakhir Sue berkerja sebelum Sue bercuti panjang. Dan takder mood nak kerja dah sebenarnya nih... File yang masuk nih alamatnya 7.10.2008 ler baru diambil tindakan..hihihi...
Setakat nih persiapan untuk sambut Raya dah ada, cuma poket Sue jer yang semakin susut rasanyer... huhuhu...
Semalam semasa sampai umah Sue terkejut coz dapat kad raya..hehehhe..Maklum ler Sue takder antar kad raya pada sesaper pun tahun nih..Bukan apa Sue lagi suka sms and call jer coz dapat jawapan yang cepat...
Berdebar-debar gak ati nih, nak tau sapa ler yang ingat kat Sue, bukak ajer kad tuh..mak oiiiii terkezut tahap cipan tuh..." I DAPAT KAD RAYA DARI ARTIS U......" hehehhe jangan jelesssssss...
Sebenarnya Sue dapat Kad Raya dari AMY MASTURA..Tak sangka lak Sue..Selalunyakan..peminat anta kad kat artis nih tak...artis lak antar kad kat peminat..hihihi...Apa pun Sue memang hargai kad ini..Sebagai menunjuk tanda penghargaaan dan nak bagi member-member lain jeles so Sue nak pamerkanlah KAD RAYA DARI AMY MASTURA nih untuk tatapan sumer ek... Jangan mareeee bulan posa nih...Jeles takper...hehehhe...
AMY MASTURA NGAN FAMILY DIE....DAH BESAR ANAK DIE....


p/s: tengok ler tandatangan die..Tuh yang mahal beb......


AMY MASTURA YANG SENTIASA JELITA DAN ANGGUN




Siap ader pesanan penaja lagi..SAYANGI JANTUNGMU....


Disertakan juga menu sihat berasaskan OAT..untuk Sue cuba masa raya nih...So pada kengkawan yang nak dapat resepi boleh ler hubungi Sue ek...
O.k ler, SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI YANG BAKAL TIBA...MOGA HARI DINANTI PENUH DENGAN KECERIAAN DAN KEGEMBIRAAN...
26/9/2008 @ 11.27 am