Hari Sabtu yang lepas iaitu pada 31/10/2009, Persatuan Sue iaitu MAIA atau senang citer Persatuan Senamrobik Negeri Melaka telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Taman Tasek Ayer Keroh. Alhamdullilah program yang dirancang berjalan dengan lancarnya. Walaupun pada malam sebelum tuh hujan lebat, tapi dengan izin ALLAH keesokkan harinya mendung..Jus nice kata orang putih.hehehe..
Sue sebenarnya sebelum acara nih bermula dah muler sibuk. Maklum ler Sue uruskan bahagian Hamper dan hadiah..Mak oiiii penat nyer badan ke hulu ke hilir mencari barang. Penyertaan ahli memang memberangsangkan. Makanan lak banyak ..Alhamdullilah nih ler berkat membawa muafakat. Tak sangka lak ramai yang sudi menyumbangkan juadah untuk dinikmati beramai-ramai. Yang paling gembira pasti nyer kanak-kanak.
Sue walaupun takder anak tetap gak bawak 4 orang anak buah Sue... Seronok betul mereka dapat join sama.. Yang 2 orang tuh seronok coz boleh masuk pertandingan, yang 2 orang lagi lak seronok coz boleh main kat Taman Permainan kat sebelah khemah Sue... Adoi.... terjerit-jerit lak Sue dibuatnya..Bukan aper, kat tempat tuh ader Tasik.. Takut lak kalu Sue terleka mereka pergi ke tepi tasek..
Untuk Family Day nih Sue sumbangkan Gulai Nenas Ikan Masin, buat Sambal Belacan, Timun dan Ikan Masin.. Nih sumer Sue masak sendiri tau..Tak main ler oder-oder...
Secara keseluruhannya Sue amat berpuashati dengan aktiviti yang dirancang... Insya Allah, dah ada yang minta dibuat lagi tahun depan. So jom tengok gelagat yang sempat Sue rakamkan...
Secara keseluruhannya Sue amat berpuashati dengan semua aktiviti pada hari tersebut. Hilang penat lelah Sue berkejaran ke sana ke mari. Yang penting setiap ahli dapat menyertai aktiviti yang dijalankan.. dan perhubungan sesama ahli bertambah rapat dan mesra...
P/s:
Kelab opis Sue buat gak family day pada 1.11.2009. Tapi Sue tak join pun. Acara mereka main bowling. Pagi nih, dah ada yang mengadu kat Sue mereka tak happy dengan program tersebut. Kata mereka, kata untuk ahli, tapi yang masuk bertanding sumer orang luar. Sue diam jer..coz Sue memang tak mahu ambil tahu dan tak akan join langsung.